Posts

Showing posts from 2018

Apa seorang trainer perlu tahu tentang "haka" atau laungan "war cry"

Image
Program latihan team building sangat sinonim dengan "war cry" - laungan semangat yang biasanya digunakan untuk "menakutkan" (intimidate) pihak lawan. Semasa saya aktif menjalankan program team building beberapa tahun lalu, saya menerapkan "war cry" sebagai satu bentuk meraikan kejayaan, bukan untuk "menakutkan" orang lain. Kata - kata yang dilaungkan, saya pastikan berbentuk positif dan ditujukan untuk pasukan sendiri, bukannya orang lain. Formula "war cry" cara saya mudah; ringkas, padat dan pergerakan minima. Ini kerana saya mahu mereka berterusan mengulang-ulang laungan mereka setiap kali sebelum dan selepas sesuatu aktiviti atau game. Saya berikan "bonus" (markah tambahan) sekiranya "war cry" mereka dilaungkan bersama-sama dalam konteks meraikan sesuatu kejayaan. Saya tidak selesa dengan budaya "war cry" yang cenderung menjadi sesi "membahan" orang lain. Saya juga merasakan pergerakka...