Posts

Apa seorang trainer perlu tahu tentang "haka" atau laungan "war cry"

Image
Program latihan team building sangat sinonim dengan "war cry" - laungan semangat yang biasanya digunakan untuk "menakutkan" (intimidate) pihak lawan. Semasa saya aktif menjalankan program team building beberapa tahun lalu, saya menerapkan "war cry" sebagai satu bentuk meraikan kejayaan, bukan untuk "menakutkan" orang lain. Kata - kata yang dilaungkan, saya pastikan berbentuk positif dan ditujukan untuk pasukan sendiri, bukannya orang lain. Formula "war cry" cara saya mudah; ringkas, padat dan pergerakan minima. Ini kerana saya mahu mereka berterusan mengulang-ulang laungan mereka setiap kali sebelum dan selepas sesuatu aktiviti atau game. Saya berikan "bonus" (markah tambahan) sekiranya "war cry" mereka dilaungkan bersama-sama dalam konteks meraikan sesuatu kejayaan. Saya tidak selesa dengan budaya "war cry" yang cenderung menjadi sesi "membahan" orang lain. Saya juga merasakan pergerakka...

Ingin menjadi freelance trainer? Ikuti langkah-langkah ini...

Image
Sekiranya anda berminat untuk menjadi seorang freelance trainer sepenuh masa di Malaysia, berikut adalah tips ringkas kami bagi memulakan langkah anda di dalam dunia latihan. Di Malaysia, kita boleh memilih untuk menjadi trainer dalam bidang apa sahaja yang bersesuaian dengan kepakaran kita. Namun begitu, kita perlu sedia maklum bahawa sesetengah bidang tertakluk di bawah penyeliaan badan tertentu. Sebagai contoh, latihan dalam bidang kewangan akan tertakluk kepada Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM), bidang pembinaan pula di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), manakala sebahagian besar yang lain di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).  Disebabkan PSMB sangat proaktif dalam mempromosikan kepentingan latihan kepada tenaga kerja, dan skopnya lebih luas, untuk tips kami ini, kami akan fokuskan kepada bidang latihan yang di bawah penyeliaan PSMB.  PSMB mewajibkan syarikat yang cukup syarat, untuk mencarum ke Tabung Pembangunan S...

Apakah beza antara "Goal Setting" dan "System Setting" ?

Image
Setiap kali menjelang tahun baru, kita akan mendengar mengenai azam. Apabila berazam, ramai yang beranggapan bahawa kemahiran yang memainkan peranan paling penting ialah "goal setting". Ini kerana azam sangat sinonim dengan matlamat - sesuatu yang mahu dicapai. Pada kali ini, saya ingin perkenalkan konsep "system setting" - satu kemahiran yang menyerupai penetapan matlamat namun sedikit berbeza perspektifnya.    Sebelum ke penjelasan "system setting", mari kita lihat semula apa itu "goal setting". "Goal setting" biasanya dikaitkan dengan singkatan S.M.A.R.T. Specific Measurable Achievable Realistic Timely Sedikit penambahbaikan perlu di sini - terutama sekali apabila membuat azam. S.M.A.R.T. adalah satu panduan yang bagus, namun terlalu "left-brain". Ia sangat berat kepada logik, bukan emosi. Dan, kita semua sedia maklum bahawa manusia merupakan makhluk yang sangat dipengaruhi emosi. Jadi, saya perk...

Sumber KEWIBAWAAN seseorang itu datang dari...

Image
Jika suit watak Iron Man dalam cereka Marvel mendapat sumber kuasanya daripada 'arc reactor', dari mana pula datangnya sumber 'kuasa' bagi kewibawaan seseorang? Arc Reactor  Seringkali 'karisma' disebut sebagai salah satu sebab kenapa seseorang itu boleh kelihatan berwibawa. Walaupun seseorang yang berkarisma itu akan mempunyai daya pengaruh, tidak semua orang boleh menimbulkan karisma itu tanpa dipupuk terlebih dahulu. Jadi, bagaimana daya pengaruh dapat dipupuk? Menurut pakar psikologi sosial, John R.P. French dan Bertram Raven, terdapat lima (5) perkara dasar yang boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai daya pengaruh ke atas sesuatu pihak yang lain. Kebergantungan kepada mana-mana daripada lima ini akan mempunyai pro dan kontranya tersendiri, namum ia boleh dipupuk secara sedar bagi meningkatkan tahap karisma seseorang. Lima perkara yang perlu dimiliki ialah: Berjawatan rasmi Berkepakaran dalam sesuatu bidang Berkeperibadian baik Berupaya ...