Sumber KEWIBAWAAN seseorang itu datang dari...

Jika suit watak Iron Man dalam cereka Marvel mendapat sumber kuasanya daripada 'arc reactor', dari mana pula datangnya sumber 'kuasa' bagi kewibawaan seseorang?


Arc Reactor 


Seringkali 'karisma' disebut sebagai salah satu sebab kenapa seseorang itu boleh kelihatan berwibawa. Walaupun seseorang yang berkarisma itu akan mempunyai daya pengaruh, tidak semua orang boleh menimbulkan karisma itu tanpa dipupuk terlebih dahulu.

Jadi, bagaimana daya pengaruh dapat dipupuk?

Menurut pakar psikologi sosial, John R.P. French dan Bertram Raven, terdapat lima (5) perkara dasar yang boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai daya pengaruh ke atas sesuatu pihak yang lain. Kebergantungan kepada mana-mana daripada lima ini akan mempunyai pro dan kontranya tersendiri, namum ia boleh dipupuk secara sedar bagi meningkatkan tahap karisma seseorang. Lima perkara yang perlu dimiliki ialah:
  1. Berjawatan rasmi
  2. Berkepakaran dalam sesuatu bidang
  3. Berkeperibadian baik
  4. Berupaya memberi (ganjaran, pemberian, anugerah, dll.)
  5. Berupaya menghukum
 Berjawatan rasmi secara langsung, sememangnya meningkatkan tahap pengaruh seseorang, namun jika terlalu bergantung kepada jawatan yang disandang, anda hanya akan menggunakan 1/5 daripada sumber kewibawaan anda. Pada masa yang sama, sekiranya jawatan tersebut bertukar tangan, kemungkinan besar anda akan terus hilang daya pengaruh.
 
Kepakaran dalam sesuatu bidang pula akan menyebabkan anda menjadi sumber rujukan dan meningkatkan kadar kebergantungan orang lain terhadap anda. Namun, di luar bidang tersebut, anda kebarangkalian besar akan hilang kewibawaan disebabkan tiada lagi pengaruh kepakaran. Tambahan pula, tidak mungkin kita mahir dalam semua bidang secara serentak.
 
Berkeperibadian baik adalah perkara yang paling mudah untuk diamalkan dan dipupuk. Menjaga reputasi atau nama baik diri sendiri adalah seringan dengan tindak tanduk yang kita ambil secara konsisten. Kelakuan diri adalah sesuatu yang berada dalam kawalan kita sendiri dan ini menjadikan ia mudah untuk dijaga.
 
Berupaya memberi dan menghukum juga merupakan pengaruh yang besar kepada daya pengaruh seseorang. Walau bagaimana pun, jika digunakan secara berterusan, ia boleh memberikan kesan negatif yang besar kepada budaya persekitaran. Sebagai contoh, akan wujudnya politik tempat kerja, kurang kerjasama kerana mengejar ganjaran peribadi, dan tiada keterbukaan komunikasi. 
 
Cara yang terbaik untuk menjadi seseorang yang berwibawa adalah dengan mengenalpasti kelima-lima perkara dasar ini dan meletakannya di tempat yang betul. Sekiranya kita berjawatan, pastikan kita berkeperibadian baik agar menjadi contoh tauladan kepada yang dipimpin, serta pastikan kita sentiasa mempunyai maklumat yang kukuh tentang bidang yang kita ceburi. Gunakan keupayaan memberi ganjaran dan hukuman dengan adil dan berpada-pada.
 
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program latihan kepimpinan,  kami di Access Ideas Malaysia mempunyai modul komprehensif "Accelerated Leadership Series" yang dijalankan secara berperingkat untuk pengurus baharu hingga ke peringkat ketua jabatan. Hubungi kami melalui e-mail info@accessideas.com.my jika mempunyai sebarang pertanyaan.
 

Comments

Popular posts from this blog

Apa seorang trainer perlu tahu tentang "haka" atau laungan "war cry"

Ingin menjadi freelance trainer? Ikuti langkah-langkah ini...

Apakah beza antara "Goal Setting" dan "System Setting" ?